Tuesday, July 5, 2011

KELEBIHAN BERPUASA DALAM BULAN SYAABAN

Sabda Nabi s.a.w. : 'Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya,
kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku
atas kamu.'
Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud.
Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan
Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya
kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan
Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari qiamat, dan diwajibkan
syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa
pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada
Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga.
Berkata Siti Aisyah r.a. :-
Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah
S.A.W. ialah bulan Syaaban.'
Sabda
Nabi S.A.W. :- 'Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan
umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan dosa dan Ramadhan ialah
menyucikan dosa (jasmani rohani).'

Sabda Nabi S.A.W. :- 'Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan
Ramadhan, siapa berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban,
kemudian dia bersolawat atasku beberapa kali sebelum berbuka
puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah
lalu,diberkatkan rezkinya baginya. Bahawa Allah membukakan pada
bulan itu tiga ratus pintu rahmat.'

Sabda Nabi S.A.W :- 'Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.'
Sabda Nabi S.A.W :- 'Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas
bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia'.

uurrmm..banyak kan kelebihan puasa bulan syaaban niey..jom..apa tunggu lagi..ramai2 la kita memeriahkan bulan syaaban ynang mulia niey..Insyaallah..nanti kita tengok plak kelebihan nisfu syaaban..

No comments:

Post a Comment